PhalanxoflegendZ Ver 4.5

moga selamat.

Assalamualaikum.

Dalam keizinan allah ini, saya ingin menyampaikan kepada sahabat sekalian mengenai beberapa perkara ;

1. Seperti yang kita tahu, dalam beberapa tempoh masa yang lepas, berlakunya revolusi di salah satu negara arab di utara benua Afrika yang pernah dijajah oleh Perancis ; Tunisia. Revolusi ini berlaku berikutan dasar kerajaan yang menghimpit kehidupan dan masa depan rakyat. Selain itu, sikap kuku besi pemimpin negara tersebut turut menjadi punca. Revolusi ini bermula dengan kes kematian seorang graduan universiti yang terpaksa menjadi penjual sayur akibat ketiadaan peluang kerjaya. Di Tunisia, pihak kerajaan menyekat kebanyakan graduan universiti daripada mendapatkan pekerjaan. Beliau mati kerana membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap dasar kerajaan tersebut. Kes ini mendapat perhatian dunia terutamanya dari negara-negara arab yang lain.

2. Selang beberapa fatrah kemudian, negara-negara arab lain menerima bahang daripada kes tersebut ; antaranya ialah Mesir, Yaman, Syria & Jordan. Kesemua pemimpin negara tersebut sedang kecut perut, berjaga-jaga sambil memegang kerusi di istana masing-masing. Malah, ada juga yang lari bersembunyi di luar negara. Namun, yang paling hangat ketika ini ialah negara Mesir apabila protes terhadap rakyat tersebut berlanjutan sejak 25 Januari 2011 sehingga sekarang.

3. Ekoran itu, saya berharap agar allah mencabut 'pakaian kebenaran' yang dipakai oleh golongan batil dan menjaga keselamatan para mahasiswa Malaysia di Mesir terutamanya kepada puluhan bekas pelajar sepintar. Tidak lupa juga kepada mahasiswa Malaysia di Jordan terutamanya beberapa orang bekas pelajar sepintar juga kerana di Jordan rakyatnya juga semakin 'panas' lebih-lebih lagi di beberapa daerah besar seperti Amman dan Irbid. Semoga pengajian mereka tidak terbantut. Insya Allah.

(Nota : Untuk mengetahui keadaan terkini di Mesir secara terperinci dan 'bersih' boleh rujuk di laman web rasmi Al-ikhwan Al-muslimun ).

1 comments:

alief_kaizer said...

mudah-mudahan segalanya selamat dan mencapai mtlamat... barakallah

Related Posts with Thumbnails