salam phalanx, rasa sunyi blog ini, aku rsa biarlah aku buang ckit habuk2 kt wall ni, dan conteng dengan niat ingin menasihati...reupload~
- gambar hiasan-
masa bergerak pantas, air peluh mula meleleh ke 'ladang' tapak tangan dan kaki simbolik kerisauan yang mmuncak, lalu membasahi sekitarnya. Soalan Add math yang sepayah alpha beta gamma(lwn semudah abc) trus dirungkai menggunakan kaedah yang telah diajar oleh cikgu.
rusuhan perang di jalanan bukan keputusan yang mudah untuk dibuat...
ini menunjukkan bahawa rakyat mesir seakan akan putus harap kepada sistem pemerintahan di negara mereka menyebabkan tiada cara lain selain revolusi mesir.iaitu hari kemarahan.
mengalahkan hosni mubarak dengan cara ini penting bagi masalahah pelestin dan rakyat mesir khususnya.
sehinggakan israel sahabat baik hosni mubarak bersedia membekalkan senjata api bagi menghapuskan rusuhan untuk menjatuhkan rejim mubarak.rusuhan ini akan merosakkan hubungan damai mereka yang telah terjalin mesra nurani kurang lebih 3 dekad yang lalu.
kebangkitan dan kesedaran telah berlaku di tunisia,mesir,yaman dan menanti di negeri2 arab yang lain.
maka pemimpin zolim di negeri2 arab mula tak senang duduk dengan perkembangan negatif ini.
keadaan di mesir membuka mata masyarakat dunia.
bahawa sistem pemerintahan yang korup dan zolim seperti yang dilakukan oleh hosni mubarak terhadap rakyat mesir dan pelestin tidaklah begitu kebal sampai kiamat.
juteru ini mengakibatkan bukan sahaja berlaku kacau bilau di mesir bahkan jua kacau bilau di hati keluarga dan sahabat handai di Malaysia.
sehingga kini sebahagian besar student malaysia di mesir gagal dihubungi berikutan tindakan pengecut kerajaan mesir mematikan semua sistem komunikasi bagi mengelakkan pecah tembelang mereka. antaranya menembak mati ramai rakyat sendiri dan kebangkitan rakyat melupuskan kezaliman mereka.
infiniti terima kasih buat Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Menteri Luar yang difahamkan telah berusaha mengeluarkan student2 yang terperangkap dalam hari kemarahan rakyat mesir kini.mereka akan dihantar ke negara aman yang berdekatan.
kita berdoa agar semua Student Malaysia (pengajian islam dan perubatan), terutamanya semua Alumni SBPI Rawang, di Mesir berada dalam keadaa selamat disamping pihak berwajib.
kita juga berdoa agar dilembutkan hati Tuan Presiden Republik Arab Mesir Hosni Mubarak untuk melepaskan jawatannya sebagaimana Allah melembutkan hati Firaun untuk beriman menjelang sakaratul mautnya di laut merah.
penting untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan semua khususnya keselamatan student malaysia dan saudara semuslim di sana.
didoakan agar pelajar kita menuntut di sana dalam keadaan selamat untuk dipindahkan ke negara2 arab yang berdekatan ataupun pulang ke tanah air, Malaysia.
ameen.
Dalam keizinan allah ini, saya ingin menyampaikan kepada sahabat sekalian mengenai beberapa perkara ;
1. Seperti yang kita tahu, dalam beberapa tempoh masa yang lepas, berlakunya revolusi di salah satu negara arab di utara benua Afrika yang pernah dijajah oleh Perancis ; Tunisia. Revolusi ini berlaku berikutan dasar kerajaan yang menghimpit kehidupan dan masa depan rakyat. Selain itu, sikap kuku besi pemimpin negara tersebut turut menjadi punca. Revolusi ini bermula dengan kes kematian seorang graduan universiti yang terpaksa menjadi penjual sayur akibat ketiadaan peluang kerjaya. Di Tunisia, pihak kerajaan menyekat kebanyakan graduan universiti daripada mendapatkan pekerjaan. Beliau mati kerana membakar dirinya sebagai tanda protes terhadap dasar kerajaan tersebut. Kes ini mendapat perhatian dunia terutamanya dari negara-negara arab yang lain.
2. Selang beberapa fatrah kemudian, negara-negara arab lain menerima bahang daripada kes tersebut ; antaranya ialah Mesir, Yaman, Syria & Jordan. Kesemua pemimpin negara tersebut sedang kecut perut, berjaga-jaga sambil memegang kerusi di istana masing-masing. Malah, ada juga yang lari bersembunyi di luar negara. Namun, yang paling hangat ketika ini ialah negara Mesir apabila protes terhadap rakyat tersebut berlanjutan sejak 25 Januari 2011 sehingga sekarang.
3. Ekoran itu, saya berharap agar allah mencabut 'pakaian kebenaran' yang dipakai oleh golongan batil dan menjaga keselamatan para mahasiswa Malaysia di Mesir terutamanya kepada puluhan bekas pelajar sepintar. Tidak lupa juga kepada mahasiswa Malaysia di Jordan terutamanya beberapa orang bekas pelajar sepintar juga kerana di Jordan rakyatnya juga semakin 'panas' lebih-lebih lagi di beberapa daerah besar seperti Amman dan Irbid. Semoga pengajian mereka tidak terbantut. Insya Allah.
(Nota : Untuk mengetahui keadaan terkini di Mesir secara terperinci dan 'bersih' boleh rujuk di laman web rasmi Al-ikhwan Al-muslimun ).














