PhalanxoflegendZ Ver 4.5

Republik Arab Mesir

rusuhan perang di jalanan bukan keputusan yang mudah untuk dibuat...

ini menunjukkan bahawa rakyat mesir seakan akan putus harap kepada sistem pemerintahan di negara mereka menyebabkan tiada cara lain selain revolusi mesir.iaitu hari kemarahan.

mengalahkan hosni mubarak dengan cara ini penting bagi masalahah pelestin dan rakyat mesir khususnya.

sehinggakan israel sahabat baik hosni mubarak bersedia membekalkan senjata api bagi menghapuskan rusuhan untuk menjatuhkan rejim mubarak.rusuhan ini akan merosakkan hubungan damai mereka yang telah terjalin mesra nurani kurang lebih 3 dekad yang lalu.

kebangkitan dan kesedaran telah berlaku di tunisia,mesir,yaman dan menanti di negeri2 arab yang lain.

maka pemimpin zolim di negeri2 arab mula tak senang duduk dengan perkembangan negatif ini.

keadaan di mesir membuka mata masyarakat dunia.

bahawa sistem pemerintahan yang korup dan zolim seperti yang dilakukan oleh hosni mubarak terhadap rakyat mesir dan pelestin tidaklah begitu kebal sampai kiamat.

juteru ini mengakibatkan bukan sahaja berlaku kacau bilau di mesir bahkan jua kacau bilau di hati keluarga dan sahabat handai di Malaysia.

sehingga kini sebahagian besar student malaysia di mesir gagal dihubungi berikutan tindakan pengecut kerajaan mesir mematikan semua sistem komunikasi bagi mengelakkan pecah tembelang mereka. antaranya menembak mati ramai rakyat sendiri dan kebangkitan rakyat melupuskan kezaliman mereka.

infiniti terima kasih buat Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Menteri Luar yang difahamkan telah berusaha mengeluarkan student2 yang terperangkap dalam hari kemarahan rakyat mesir kini.mereka akan dihantar ke negara aman yang berdekatan.

kita berdoa agar semua Student Malaysia (pengajian islam dan perubatan), terutamanya semua Alumni SBPI Rawang, di Mesir berada dalam keadaa selamat disamping pihak berwajib.

kita juga berdoa agar dilembutkan hati Tuan Presiden Republik Arab Mesir Hosni Mubarak untuk melepaskan jawatannya sebagaimana Allah melembutkan hati Firaun untuk beriman menjelang sakaratul mautnya di laut merah.

penting untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan semua khususnya keselamatan student malaysia dan saudara semuslim di sana.

didoakan agar pelajar kita menuntut di sana dalam keadaan selamat untuk dipindahkan ke negara2 arab yang berdekatan ataupun pulang ke tanah air, Malaysia.

ameen.

4 comments:

zayed said...

semoga sahabat2ku di mesir selamat dan Islam kembali tertegak di seluruh dunia.

muadzmuhammad said...

islam kan kembali ke takhtanya...

Cik CT (aisha) said...

ameen..

nemesis3891 said...

ameen...>.<

Related Posts with Thumbnails