PhalanxoflegendZ Ver 4.5

tima kasih:)

Salam,


nak tulis sikit

Tidak dinafikan,

memang kita semua melalui pengalaman yang berbeza sejak meninggalkan sekolah , seperti anda, saya mengakui, merindui bi'ah di sepintar dahulu,

duduk dalam majlis ilmu rapat2

dengar nasihat2 berguna dr ustaz2, kawan2

ya saya amat merindui saat2 itu
tp kini sudah berbeza,

tiada lagi ustaz-ustaz yg membimbing,

tiada lagi nasihat-nasihat menjengah,

mujur, masih ada yg tak putus-putus beri peringatan,

cukup untuk membuatkan diri ini tersenyum walaupun sementara.

Dahulu,
kita sama-sama buat qiamulail di masjid, solat berjemaah , baca quran sama-sama,kalau terleka, ramai yg mengingatkan

tapi sekarang?..

ntahla,

saya sendiri mengalami perubahan yg sama.semuanya atas mujahadah sendiri.

Masjid ada.dekat pulak tu.

tp tak semeriah seperti di Al-qadisiah dulu,

kalau di amati betul-betul memang cantik masjid di sini,

dengan ukiran berbentuk pedang bermata dua di mimbar..

memang cantik, tp tak se'cantik' Al-Qadisiyah..yang sentiasa hidup dgn kuliah-kuliah agama, dengan program-program ibadahnya..wah..cukup rindu saat itu....

sejujurnya saya kagum dengan orang-orang di sini,

ad yg mampu berlari tanpa henti,

boleh berlari sambil bawa tong peluru

kayu log,

tayar lori

dtambah lagi dgn beg pasir, pergh..dasat..tapi sayang..

apa guna semua itu kalau tak mampu mengangkat kain selimut di pagi hari untuk qiam apatah lagi nak ke masjid..sia-sia..:(..saya sedih,tapi tak mampu nk buat apa-apa.cuma melihat,cukup sekadar mencegah dgn hati..tp sampai bila??..

Rasulallah s.a.w bersabda:

Janganlah kamu menghinakan diri kamu sendiri!..sahabat bertanya apakah maksud kami menghinakan diri kami sendiri wahai Rasulallah?..baginda menjawab apabila kamu melihat orang lain membuat kemungkaran kamu tidak menegurnya

hinanya diri ini...huhu

satu persoalan mengapa saya pilih jalan ni..
banyak sebab, dan saya yakin suatu hari nanti suasana akan berubah, seperti anda, saya juga sedang membuat persiapan menghadapi perubahan itu...

saat islam dijunjung tinggi..

dulu, pabila dicaci,dimarah dgn guru2 atau kawan2..rasa terkesan sangat bila ad org kecewa dgn kita..tp sekarang lain pula..marah caci dah jadi mcm makanan ruji, sepak pelempang perkara biasa, seolah-olah tiada perasaan,tiada lagi rasa terkesan, tiada lagi rasa sedih, mungkin hati semakin gelap?

Rasulallah s.a.w bersabda

Sesungguhnya hati-hati manusia ini akan berkarat, sebagaimana karatnya besi apabila terkena air....

kadang-kadang apabila kita duduk di masjid, ada suara-suara yg menegur..

'ko ni asyik duduk masjid je, hidup ni kena la seimbang sikit,dunia dan akhiratnya'..

ye..

memang betul kena seimbang..tp cuba kita lihat balik..ok saya ambil contoh..

1 hari ada 24 jam.

.kalau nk seimbang bahagi 2 la en,

ok bahagi jd 12-12..

rasanya dalam seumur hidup, berapa kali kita betul2 peruntukkan masa 12jam utk dunia dan 12 jam utk akhirat dlm mse 1 hari?..

memang benar, dalam 1 hadis nabi tekankan,

bekerjalah seolah-olah bumi ada seribu tahun lagi..

pesan nabi supaya kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan juga ummat tapi ingat, nabi beri peringatan yg lebih keras, sambungan pada hadis yg sama

..dan beribadahlah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari..

supaya kita bersedia untuk menghadapi alam akhirat..

sahabat2,

bak kata Saidina Ali,...kehidupan ni umpama mimpi,dan kita sedang tidur..kita akan terjaga apabila hari akhirat itu tiba


minta maaf andai tidak seperti dahulu, saya akui mengalami sedikit perubahan, seolah-olah ada yg kurang,

hidup dalam suasana yg gelap,

ditambah pula dengan bisikan-bisikan jahat yg sentiasa datang tanpa jemu,

1 formasi serangan yg ampuh untuk merobohkan benteng iman yg kian runtuh,
saya minta maaf
cuma mampu beri peringatan dengan sisa-sisa iman yg ada walaupun hakikatnya khas ditujukan buat diri saya sendiri
yg saya boleh buat hanya mampu berdoa, kan doa itu senjata mukmin?..

saya terfikir..

seberapa 'mukmin' kah diri ini hendak meletakkan doa sbg senjata? (= ='')

mujur teringat kata2 saidina umar,

aku tidak takut doa ku tidak diperkenankan ALLAH, tp aku lebih TAKUT sekiranya ALLAH tidak memberikan hidayah kepadaku untuk berdoa

umpama panahan petir, cepat2 tanggapan itu dilenyapkan dgn istighfar, moga2 diampuni Allah..

minta maaf.
saya pernah terfikir

seandainya ditakdirkan untuk berperang, saya lebih rela terkorban bersama dgn org2 seperti muaz,hanif,abrar, ..aa..korg sume la..daripada dgn org2 kt sini, sbb saya takut, ketika perang, peluru yg keluar dr muncung senapang akan mengala ke arah sasaran yg lain bukan pada musuh, lantaran sifat geram yg amat..huhu..

merepek(- -'')

apapun saya tak menyesal ditakdirkan di sini, sebab saya tahu..suatu hari dunia akan berubah..




terima kasih sahabat2,
terima kasih cikgu2,

anda membuatkan saya tersenyum..:)
moga2 sentiasa dirahmati ALLAH

sori merepek...

yg benar,


Muhammad Ameen Muhammad
pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia Muslimin

10 comments:

ibnu m said...
This comment has been removed by the author.
ibnu m said...

Aku suka part 'apapun saya tak menyesal ditakdirkan di sini, sebab saya tahu..suatu hari dunia akan berubah..' Huhu..
Memang, jalan yg kau lalui mmg pahit, bbeza dgn jalan aku dan sahabat yg lain, kalau pun tak manis, tak sepahit jalanmu..
Tapi anggaplah, kau sedang memacak tiang2 pelita di jalan itu, agar suatu masa nanti, tika saat 'api kemenangan' itu membara, kau akan bangga, kerna kau yang memacak tiang pelita di jalan yg tak bisa ditempuh orang biasa..
(ayat tah ape2.. ^_^)
aku doa kau tabah!..

nemesis3891 said...

kalau semua orang lalui jalan yang manis, siapa nak tabur bunga di jalan yang pahit tu?

sungguh jalan yang pahit itu ada ganjaran yang besar di sebaliknya.
bukan semua mampu nak berdiri di jalan yang pahit. tahniah la faiz ikmal sebab dipilih Allah untuk menjadi da'ie...

kerana kami yang di jalan yang kurang pahit ini hanyalah mad'u yang masih belajar, dan mungkin tak punya cukup keimanan untuk menempuh jalan kamu tu....

semoga thabat yeh bos...hehe

fairuz.fairuz said...

aaaaaa.ape aku nak komen ni..

muadzmuhammad said...

aku suka part.."aa..korg sume la..daripada dgn org2 kt sini, sbb saya takut, ketika perang, peluru yg keluar dr muncung senapang akan mengala ke arah sasaran yg lain bukan pada musuh, lantaran sifat geram yg amat..huhu.." nak tembak sape der?

faiz jom berperang..inshaallah dengan fikrah2 remaje2 kebanyakan maksudnya kita semua,suatu masa
nanti inshaallah ia akan bermula bukan di dunia,di sini...

aku doakan kita semua tabah menghadapi,
nikmat hakikatnya azab,
nikmat hakikatnya nikmat
azab hakikatnya nikmat
dan azab hakikat sebenarnya AZAB.









doakan aku jua.
salam mesra,
_____________
muadzmuhammad
pegawai kedet(remaja sekolah)
krs 2009"nak jugak brader..:)"

muadzmuhammad said...

lets go to work!!

naurah said...

subhanaAllah..cretan yg mntop!!!!.....xpe ...bukankah itu tanda Allah syg pd hmbaNya....dgn mmberi ujian n dugaan padanya.....
makin kiter nk buat ke arah kbaikan...makin byk ujiannya....biar susah skrg agar ssenang di kmudian hari.....

(^_^)

nailofar said...

Teruskan usaha agar ia menjadi saham yang boleh dipersembahkan kepada Allah swt di akhirat kelak. Hidup ini sekali didunia maka nikmatilah ia dengan nikmat perjuangan Islam !
( Surah Al-An’am : 33 -35 )
moga tafsir kalamullah ni mampu mbuatkan kau terus bertahan.. jaga diri!

Fakhrur Radzi bin Ahmad Fuad said...

alhamdulillah Allah bg kau ujian jln yg pahit bsrta kesdaran.. Dia yakin kau mmpu.. jln yg pahit mhupun yg manis, keduanya ujian.. dan rsenya jln yg manis 2 lg "pahit", lebih2 lg jika kita xsedar sdg diuji.. doakn kita SEMUA mmpu dn tabah.. :)

Cik Su said...

waktu belajar la paling best..nanti dah keje tak best sangat..if tak percaya..then cuba la try.

Related Posts with Thumbnails