PhalanxoflegendZ Ver 4.5

thabat.

salam.
blog ni kosong, sepi.

tak salah kan, kalau saye (sedikit berprotokol) mengisi sesuatu untuk kita koreksi diri semula? terutamanya buat phalanxers yang sudah merata2, macam hisyam di US sana.


semalam, kita dikejutkan oleh suara Amir Adham, Faiz Ikmal dan skuad2nya, mengejut subuh, agar subuh kita dilakukan dalam jemaah.

hari ini, biarkan berkekalan suasana itu. susah? aku tau. aku juga seperjalanan seperti kalian. andai kita tak mampu mahu solat berjemaah, apatah lagi terbangun lewat, sekurang2nya jagalah solat kita. bajakan hati dengan sesalan di jiwa kerana tak mampu thabat di jalan mulia yang lalu kerana diuji sekarang, agar berbungalah azam2 baru untuk bangkit hebat semula seperti dahulu2, dan berbuahlah amal2 macam dulu2.

kalau dulu amir yang mengejut kita, kali ini kita doakan agar iman kita cukup kuat untuk mengejut kita solat subuh setiap hari.. dan istighfarlah atas dosa kita yang lalu.


jika semalam, waktu2 kosong di masjid, diisi dengan tazkirah, dan bacaan quran yang dipimpin oleh Hafidz Kamaruddin. walau kadang hati tak mahu tapi terikutkan jua lantaran suasana yang solehah di sekeliling kita.

tapi hari ini, mahu membaca quran pun sukar sekali, kadang terleka dengan assigment yang menggunung di meja stadi, kadang terleka dengan perkara lagha menutup hati. istighfarlah atas dosa lalu. kita mulakan jejak baru. ingat tak dulu2 kita baca surah2 pilihan? memang penat saat itu, tapi terasa indah menyejuk kalbu. maka kenapa tidak kita baca quran malam ini juga, dan kekalkannya? tak rindu ke kita dengan kemanisannya?


jika kelmarin kita rajin ke masjid. baca quran. solat sunat. baca ma'thurat. hari ini, bukan, minggu ini, kita ada baca ke? silap2, bulan ni tak baca langsung ma'thurat.

kalau dulu, kita menjaga adab sesama lain jantina. sekaarang, dengan suasana masyarakat yang jahil ni, terkadang kita tak mampu mengawal diri mencampuri dosa2 macam ni. maka istighfarlah lagi. ingat tak bagaimana hebatnya diri kita yang mampu mengawal diri menjaga batas perempuan lelaki? ingat semula kenangan ini agar kita kembali bersemangat menjadi hebat semula.

jika semalam, takut kita nak mencarut. ada mata2 yang melihat, ada telinga2 yang mendengar. mula2 takut, lama2 terbiasa. sampai mencarut bukanlah budaya kita. tapi hari ini kita terleka lagi. sekeliling kita mengajar perkataan baru yang keji. istighfar kepada tuhan yang mengurniakan hati. doalah kepadaNya agar thabat semula di tempat fana ni.

indah zaman2 dulu2. hanya mimpi bagaikan bukan nyata.  tak seindah sekarang. di kanan tiada Faiz Ikmal. di kiri tiada Amir Adham. di depan tiada Hanif Mahpa. di belakang tiada Murtadha. di depan mata tiada Muadz. di telinga tiada suara Hafidz Kamaruddin menjengah. tapi ingat, ada kenangan yang masih menemani di dalam jiwa. ada kenangan yang masih bermain di anak mata. jadikan dia peneman dan tazkirah kita. agar thabat di jalan yang mulia.

thabatlah kita di jalan yang Esa. moga rahmat tuhan sentiasa bersama. panjang umur jumpa lagi. aku sayang korang, sampai aku mati. hehe
aku cinta kalian.
wassalam.

5 comments:

Mohd Zaid said...

ya Allah.... aku dah jauh dari sirotol mustaqim....

Anonymous said...

hebat!
moga2 Allah lindungi kita..

NOR NADIA MOHD KHAIROJI said...

tq 4 dis post!
i wish more ;)

fikrahuddin said...

wish more, kalo aku sorang je nak buat, haram le...... hahaha

izham27 said...

saye nak lagi...huhu

Related Posts with Thumbnails