PhalanxoflegendZ Ver 4.5

-Ucapan Terakhirku-

saya bersama ketua umum sepintar bakal Perdana Menteri Malaysia

alhamdulillahirabbil alamin wassalla tuwassalamuala asyrafilambiya warmursalin waala alihi wasahbihi wasallim.



yang berbahagia,professor dr rosellina bt ahmad saufi,pengarah urusan UMS holding snd bhd,yang dihormati tuan hj kholil mohamed,ketua penolong pengarah pengurusan sekolah berasrama penuh dan sekolah kluster,kementerian pelajaran malaysia,yang dihormati,pn hjh samsul bariah bt bahardin penolong pengarah kanan unit menengah,jabatan pelajaran negeri selangor,yang dihormati tuan haji zulkifli baharom,ydp pibg sbpi rawang,yang berusaha puan hajah senaini binti long.pengetua sbpi rawang,guru guru warga pendidik dan rakan rakan graduan sepintar yang diraikan sekalian.



ssalamualaikum w.b.r
Selamat datang saya ucapkan ke Majlis Graduasi Sekolah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang kali yang ke-6 2009.

Hadirn dan para graduan sekalian,
Ambilan pelajar tingkatan lima merupakan generasi ke-6 SBPI Rawang.Para graduan talah mendaftar pada 5 januari 2005dan 16 febuari2005.kemudian ambilan pelajar baru tingkatan 4 telah mendaftar pada 12 febuari 2008 seterusnya telah melengkapkan generasi ke 6 sepintar.sepanjang lima tahun para graduan telah dipimpin oleh 3 orang pengetua iaitu tn hj fathurrahman kasdiran,pn hjh saadah bt othman dan puan hajah senaini bt long.alhamdulillah para graduan telah dididik dengan penuh kasih sayang.



Hadirin dan para graduan,
Falsafah pendidikan kebangsaan antaranya adalah untuk mmewujudkaninsan yang seimbang dan harmonisdari segi intelek,rohani,emosi,jasmanibedasarkan kepercayaan kepada tuhan.untuk pengetahuan hadirin sekalian,visi sekolah ini ialan "Sumber Penjana Muslim bestari"hal ini bertujuan untuk melahirkan para graduanmuslim mukmin berintelektual dan berwawasan.Misi sekolah pula ialah"Melahirkan Generasi Muslim Mukmin Yang Berilmu Beriman Beramal dan Berketerampilan.hal ini seiring dengan mengharungi cabaran wawasan 2020 yang telah dicanangkan oleh mantan perdana menteri malaysia Tun dr Mahathir Mohamad.



Bagi mengukuhkan lagi corak identiti sekolah,personaliti intelektual dan rasional telah menjadi motto pelajar sbpi rawang.suka saya mengambil bait bait lirik daripada lagu sekolah "Al quran assunnah panduan hidup abadi".justeru ini membuktikan bakhawa para graduan sememanagnya telah dididik dan diasaskan dengan tapak yang kukuh ke arah melahirkan golongan intelek seimbang dari segi rohani dan emosi.



para graduan dan hadirin sekalian,
Generasi muda merupakan aset negara pada masa hadapan.gagasan mantan perdana menteri adalah untuk melahirkan modal insan kelas pertama seirng dengan arus perkembangan global.Generasi muda khususnya graduan SEPINTAR pada hari ini perlu mempersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnyaagar dapan menjadi insan yang benar benar memilikisifat keperibadian yang luhur dan berbudi perketi mulia.



Para Graduan sekalian,
Kita adalah pemimpin masa hadapan.jika kita lihat kata kata yang terpahat pada pintu masuk utama sekolah "DI SINI PEMIMPIN DILAHIRKAN".Jika kita mahu melihat pemimpin pada masa hadapan,lihatlah pada generasi muda pada hari ini.Saidina Umar RA selaku khalifah Islam ke2 pernah mengingatkat ummat islam dengan kata kata "belajarlah ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin.Sejarah juga telah membuktikan bahawa kecemerlangan kepimpinan pemuda iaitu Sultan Muhammad Al Fatih,yang telah mengetuai angkatan tentera Uthmaniah dan menjadi pempimpin sejak berumur 18 tahun sehingga berjaya menakluki kota Kostantinopel.hal ini seharusnya menjadi inspirasi kepada generasi muda khususnya graduan dalam membina identiti yang mempunyai ciri ciri kepimpinan islam yang sejati.


Selain itu,para graduan merupakan aset negara dalam melahirkan golongan profesional pada masa hadapan.dengan berbekalkan didikak,pengalaman yang banyak ini,mampu menyumbang kepada negara Malaysia seirng dengan misi sekolah iaitu "Sumber penjana muslim bestari".Dalam erti kata lain,seorang doktor mahupun engineer yang akan lahir dalam kalangan graduan sepintar mampu menjadi imam dalam solat berjemaah.selain itu bidang yang diceburi oleh para graduan perlulah melebihi daripada orang lain lkebih lebih lagi golongan Yhudi yang mempelopori ekonomi dunia.bangsa kita merupakan bangsa yang terbaik dan buktinya telah lahirnya graduan sepintar pada hari ini yang mampu mengharumkan nama bangsa melayu setanding dengan bangsa lain di seluruh dunia.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Antara kejayaan yang ditempa sepanjang graduan sepintar mendiami sekolah ini adalah merangkumi peringkat daerah negeri kebangsaan mahupun antarabangsa.Antara kejayaan yang berjaya diukir oleh graduan sepintar di peringkat atarabangsa ialah saudara alif faisal bin zabidi yang telah mewakili Malaysia dalam 'program pertukaran pelajar ke Jepun pada akhir tahun 2008.selain itu pencapaian di peringkat kebangsaan antaranya ialah saudara Azhar b mat marzuki yang telah membawa Negeri selangor sehingga menjadi johan rugby kebangsaan.Dengan kejayaan yang dicapai oleh para graduan telah membawa sepintar unggul dalam persada institusi pendidikan negara dan termashur dalam kelompok sekolah berasrama penuh.InsyaAllah.

hadirin yang dikasihi,
Saya mewakili para graduan sepintar 2009 mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhinggakepada pihak sekolah yang telah berjaya menanam benih dan membina tapak kecemerlangan modal insan kelas pertama sebagai pemimpin masa hadapan.terima kasih juga diucapkan kepada waden asrama yang diketuai oleh penolong kanan hal ehwal murid,pn hajah maimunah bt ismail kerana telah menjadi pengganti kepada ibu bapa kami dalam sebuah kehidupan berasrama.

Saya juga mengucapkan Terima kasih epada guru guru,warga pendidik bangsakerana tidak jemu mendidik kami daripada tingkatan satu sehinggalah ke hari ini.kasih guru amat disanjung.Khusus bat para graduan rakan rakan seperjuangan sekalian,terima kasih saya ucapkan kerana telah memberikan sepenuh usaha dan komitmen sepanjang saya berkhidmat sebagai ketua tingkatan selama 5 tahun.sokongan dan dorongan rakan seperjuangan amat saya hargai.

Hadirin yang dimuliakan,
harapan saya kepada pihak sekolah agar terus berusaha tanpa jemu dalam melahirkan muslim mukmin yang berilmu dan berketerampilan.seterusnya akan menjadi"sumber penjana muslim bestari"yang unggul daripada segi akademik,sahsiah dan rohani.

harapan saya kepada warga pendidik bangsa agar tidak jemu untuk melahirkan bakal pemimpin negara berlandaskan alquran dan assunnah seperti mana yang sudah sedia termaktub dalamlagu sekolah."Al Quran AsSunnah Panduan Hidup Abadi"

harapan saya kepada para graduan sepintar agar membawa identiti yang telah dibentuk oleh pihak sekolah sepanjang kehidupan kita di sini.Krisis identiti yang berlaku dalam kalangan ramaja pada hari ini haruslah diatasi berbekalkan didikan sepanjang bergelar pelajar sekolah.kilalah harapan agama bangsa dan negara.seharusnya kita menjadi ikon dalam kalangan masyarakat dan andalah yang akan memimpin negara Malaysia satu hari nanti.

Akhir kalam,
Cebisan kenangan yang dirasai oleh graduan sepintar haruslah senantiasa terpahat dalam sanubari.mengambilkata kata ulama tersohor iaitu Imam Al Ghazali,"Ukhwah itu bukan terletek pada pertemuan,bukan jua terletak pada manisnya ucapan,tapi terletak pada ingatan kepada saudaranya dalam doanya"

Oleh itu izinkan saya mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

Bukan mudah menampi selasih,
Selasih sudah bercampur arang,
Bukan mudah bercerai kasih,
Kasih sudah bercampur sayang.
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kan bertemu jua.Insyaallah.
sekian,wabillahitaufiq wal hidayah.Assalamualaikum w.b.r.





0 comments:

Related Posts with Thumbnails