PhalanxoflegendZ Ver 4.5

WARKAH BUAT ADAM.. Nisa' pn boley bacer..

Warkah buat adam

Adam..
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu,
Sesungguhnya aku adalah Hawa temanMu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga

Wahai Adamku,
Aku asalnya dari tulang rusukMu yang bengkok,
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan daripadamu,
Sentiasa mahu terpesong dari landasan,kerana aku buruan syaitan.

Adam..
Maha suci ALLAH yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya daripada kaummu di akhir zaman,Itulah sebenarnya ketelitian ALLAH dalam urusan-NYA,Jika bilangan kaumMu mengatasi kaumKu nescaya merahlah dunia karana darah manusia,kacau-bilaulah suasana,Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup myata daripada peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Maka tidak selaraslah undang-undang ALLAH yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu tapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikit nya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi,aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.. Terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan bahawa kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dalam reda Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata da rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, au dan kaumku menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya ALLAH mengkehendaki ak tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi, realitinya kin, Hawa telah lebih daripada sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan aku begini ? Aku jadi ibu, aku jadi guru,itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal kau duduk saja.Ada antara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,kain ku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu ? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku ?

3 comments:

muadzmuhammad said...

guys....
post yg mantap guys

nemesis3891 said...

mujahid robbi!!!!!

aTeyn aMierA said...

fulamak...mujahid rabbi..!!mantop uh!!

Related Posts with Thumbnails