PhalanxoflegendZ Ver 4.5

Hot & Steady Guyz !!!

Sekolah diarah rampas telefon bimbit

PUTRAJAYA: Pengurusan sekolah khususnya guru disiplin dikehendaki merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah, berkuatkuasa esok.Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sudah lama diwujudkan tetapi ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya apabila terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan.Katanya, larangan membawa telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering dikaitkan dengan masalah disiplin serta menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pergaduhan sering berlaku di kalangan pelajar apabila telefon bimbit yang disimpan di dalam beg mereka tiba-tiba hilang.
"Melalui telefon bimbit juga, pelajar menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Menangani Gejala Disiplin Pelajar di sini, hari ini.
Wee berkata, telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan walaupun penggunaannya dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah.Katanya, pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah jika berlaku kecemasan.Beliau berkata, masalah disiplin pelajar masih terkawal dengan kadarnya turun daripada 2.13 peratus pada 2006 kepada 2.08 peratus tahun lalu."Bilangan pelajar yang dikenakan tindakan gantung sekolah adalah pada kadar 0.11 peratus (2008) berbanding 0.37 (2007) manakala yang dikenakan tindakan buang sekolah pula, 0.05 peratus (2008) berbanding 0.18 peratus pada tahun sebelumnya," katanya.
Katanya, tindakan merotan pelajar yang didapati mempunyai masalah disiplin akan diteruskan apabila guru besar diberi kuasa untuk berbuat demikian. - Bernama

petikan b.harian.com.my - Selasa, 17 Mac 2009

p/s : hurm....berdasarkan petikan berita harian nh ...nape bdak2 sek kite xleh tuntut blik barang larangan dorang tuh ? ...cube ko tgk line nh "telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan walaupun penggunaannya dilarang".....plek btol sek kite nh....cam siot pown ade gak r....huhu...just my opinion....so what's yours ??

0 comments:

Related Posts with Thumbnails