salam phalanx, rasa sunyi blog ini, aku rsa biarlah aku buang ckit habuk2 kt wall ni, dan conteng dengan niat ingin menasihati...reupload~
- gambar hiasan-
masa bergerak pantas, air peluh mula meleleh ke 'ladang' tapak tangan dan kaki simbolik kerisauan yang mmuncak, lalu membasahi sekitarnya. Soalan Add math yang sepayah alpha beta gamma(lwn semudah abc) trus dirungkai menggunakan kaedah yang telah diajar oleh cikgu.
' soklan ni aku pernah bincang masa studi group dgn rusydi(star addmath) hari ahad minggu lepas, tp musykil la asal x dapat, kerek la'.
tahap keyakinan yang ditanam setinggi puncak gunung everest utk menjawab soalan itu tiba-tiba goyah menanti rebah, sebab blurred di tengah2 waktu peperiksaan. menunggu bantuan ibarat menanti kucing bertanduk kerana ketika itu, hanya ada aku, kau (kertas soalan, pen, kalkulator) dan yang pasti Allah.
jarum minit hampir sebati dengan jarum jam menunjukkan trial sudah hampir tamat.Cemburunya masa kepadanya membuatkan dia memilih utk meninggalkan ia separuh jalan dan seterusnya tawakal.
'baiklah, masa dah tamat, berhenti ye menulis dan yg paling belakang kutip soalan' suara cikgu Fatimah (mmg nama sebenar) bergema serentak memahamkan rakan-rakan yang lain utk akur dengan perintah tersebut.
usai peperiksaan, sepertinya 1001 suara mula memenuhi seisi dewan dengan keletah masing-masing secara naturalnya.
'wei soklan integration tadi camne ek?, belit-belit doh pastu 6 markah pulak tu.'
yang lain,'hancuslah paper aku byk gila yang x sure',kata2 yg diucap oleh orang yang dh sah2 A+ add math, susahkan nak percaya!.
di suatu sudut, ada yang menerangkan sesuatu yang ditulis di atas mejanya, solution rasenya dan ramai yang mengelilingi orang itu,(fham- fham je la siapa).. memang hebat mereka ini...
di suatu sudut yang lain, ada yang diam, tunduk sepertinya menyembunyikan exspresi berkenaan test tersebut, sama ada menunjukkan biasa-biasa aje, confident atau kecewa kerana usaha yang selama ini dibuat dianggap sia-sia)
allah'ualam.
demikianlah ragam yang dirakam dalam perspektif insan itu apabila berakhirnya exam tersebut. Selepas ini, bertali arus kertas trial akan menguji mereka.
-----------------------------------------------------------------------------------
haha gambaran kasar yang cuba aku garap dengan ingatan yang hampir berkarat. Maaflah kalau ada yang tersalah. terasa sedap nak menulis tentang memori ketika musim peperiksaan.
bersengkang mata sampai lewat malam utk studi, berteman kopi ekspresso yang kaww lagi nikmat, suara radio yang menyinsing lagi syahdu, duduk bersila berbaring, dan conquer bilik tv dan studi... haha semestinya layan.
ini baru masa trial , blum lagi masa SPM, lagi sayu nak menulis. soalan bocor lagi dan H1N1 yang menjejaskan persiapan trial kita, ( padahal nikmat sbb bertambah waktu cuti utk studi).
TERSIRAT
aku cuba mengenengahkan senario kantoi dalam exam sebenarnya dalam crita ni, sambil sambil menerapkan secebis kenangan. Kantoinya kita dalam exam akibatnya, jatuhlah gred kita utk setiap subject akhirnya akan memberi kesan kpd rank kita.
tanpa kita sedari, keterbawahan kita menyebabkan kita kdgkala dipandang rendah oleh kawan, menjadi bualan guru-guru mungkin, dan rasa disekat serta kurang disenangi. lihatlah betapa hebatnya nilai yang ada pada sehelai kertas... dapat mengubah perspektif seseorang pada kita. itulah senario yang pernah berlaku ketika sekolah dulu.
DUNiA LuaR
persoalanya, adakah itu ukuran sebenar untuk nilai seseorang atau lebih mudah diri sendiri? kat luar misalan senang kat intec, ramai yang hebat nilainya atas kertas, SPM perfect tu! tapi alangkah sedihnya, sikit antaranya yang mantap nilai akhlaknya.
pergaulan 1 hal, tutup auratnya 2 hal, dan hal hal yang lain, kurang serba- serbi sana sini, itulah yang paling aku terkilan sangat. Sebab orang pandang sebelah mata akhlak diri ini, kuat akhlak menunjukkan pendirian kita.
RINDUKAN TARBIYAH DaN BIAH SepINTAR
- saat akhir tarbiyah bersama ustaz-
betulkan ckap muadz dalam 'bicara bersama muadz',(kompilasi dlm cd bersama mirae), tarbiyah mendidik diri kita dan tengoklah keberkesanan tarbiyah bila kita dah ada kat luar ketika ini.
Maka, gunakanlah pakej yang telah kita bentuk selama mana kita di sepintar dulu, sama-sama kita tingkatkan nilai atas kertas dan nilai diri kita. sesungguhnya ALLAH bersama orang yang menyucikan hatinya.allau'alam
- haha purdah lagi-
SEKIAN
PhalanxoflegendZ Ver 4.5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
rindukan jugak tarbiyah kat sepintar. x sama ngn tarbiyah kat sini. wuuuu~! ;(
kambing yg keluar drpd kawanan kambingnya akan dibaham oleh serigala yg kelaparan..
itulah hakikat yg pasti dan pasti terjadi kpd mrk yg hidup tanpa tarbiah n jemaah(pesatuan)..
wallahua a'lam
-pian-
Post a Comment