PhalanxoflegendZ Ver 4.5

BACA JANGAN TAK BACA..

Semalam, 30 April 2010, hari bsejarah bagiku n sahabat2.. Majlis Anugerah Cemerlang n Jamuan Kesyukuran Kecemerlangan SPM. Bahagia rase dpt jumpe cikgu2, sahabat2, mgkn kali yg terakhir sblm masing2 membawa haluan hidup masing2...

Perasaan bcampur baur sbnrnye, sedih+bahagia+syukur+bangga+terkilan, terkilan sebab kena balik awal2, ade hal lain.. Minta maaf ye pd sesiapa yg aku tak sempat nk ucap selamat tinggal... Moga ada ksempatan nk berjumpa lagi. Moga2 kita menjadi golongan yang dikatakan RASULULLAH S.A.W., "sahabat yang bersahabat kerana ALLAH, bertemu dan berpisah jua kerana ALLAH".. Golongan ini yang ALLAH naungi dgn arasyNYA di padang Mahsyar kelak... Insya ALLAH...

Sahabat, sebenarnya, bilaku dengar dan hayati ucapan perasmi smlm, tah macam mana, tiba2 terdetik suatu soalan dlm lubuk hati...
"ADAKAH KEJAYAAN KITA DPT NO 6 KEBANGSAAN ITU BENAR2 SUATU KEJAYAAN"..

YA atau TIDAK??...

Persoalan ni timbul bukan kerana tuan perasmi bndingkn sekolah kita dgn SBPI Gombak atau KISAS..
Bukan juga kerana kita tak dpt no 1 kebangsaan..
Bukan sama sekali...

Tapi bila memikirkan, tuan perasmi kerap mengatakan mengenai 'kecemerlangan' kita..
cemerlang itu bile:
-pointer 1.32, jauh mengatasi keputusan SPM 2008
-46 org dpt straight A, ramai sungguh,
seolah-olah bile dpt semua ni, kita telah dpt kejayaan yg hakiki..
Diri ini tak berniat nak mencari-cari ketempangan sistem pendidikan, maaf kpd pihak yg berkaitan, tapi inilah hakikatnya..
Pabila angka dan statistik itu yg menjadi matlamat..
Maka, bila diajukan pertanyaan pelajar mana yg cemerlang, jawapannya pelajar yg dpt banyak A.. Tak salah jawapan itu, tapi ada yg tak kena... Ku lihat sistem begini tak menjamin kejayaan yg sebenar..


Sahabat, jika kita fikir dalam2, bila kita dpt kejayaan yg menjulang tinggi dlm SPM, bila suatu hari nanti kita mgenggam ijazah, x kira dlm medic, engineering, dentist, biotech, aktuari, ekonomi, law, syariah, islamic banking dan mcm2 lagi, bila kita bjaye dpt kerja yg org kata high income, gaji lumayan, rumah besar, harta melimpah ruah.. Bila kita pegang jawatan n kedudukan yg tinggi dlm syarikat, atau kerajaan.. Sedarlah, itu semua bukan kejayaan yg sebenar..

Tak PERCAYA?..
Mai tgk sejarah.
QARUN, Allah bagi kelebihan, harta melimpah ruah, hinggakan kalau kita jumpa harta kt semak belakang rumah, org panggil harta Qarun.
FIRAUN, semua kenal, pegang kuasa yg amat besar, dia kata boleh menghidup dan mematikan, binaan zaman Firaun, piramid, kekal sampai hari ni.. Diiktiraf sebagai keajaiban dunia lagi.. Sangat hebat Firaun..
MUSTAFA KAMAL ATATURK, presiden Turki moden yg pertama, namanya gah d dunia barat, orang kata dia tokoh pemodenan Turki, begitu berkuasa, pengaruhnya di Turki kekal hingga hari ni..

TAPI,..
adakah makhluk2 itu berjaya??... jawapannya,.. Pasti dan pasti.. TIDAK!!
QARUN, diri dan hartanya ditelan bumi,
FIRAUN, ditenggelamkan Allah di Laut Merah,
MUSTAFA KAMAL ATATURK, jasadnya tidak diterima bumi..
sebab: SOMBONG, ANGKUH, TAKBUR, mereka syok kejar kenikmatan dunia semata-mata, jauh sekali dari redha Allah..

Teringat bila Rusydi beri ucapan semalam, bila dia kata bahawa kejayaan di akhirat itulah kejayaan yg hakiki, diri ini BANGGA, sebab Pelajar Terbaik SPM SBPI Rawang 2009, pesan pd sahabat, supaya jgn syok kejar dunia shj, hingga lupa pd akhirat.. Betul apa Rusydi cakap...

Kita jangan jadi golongan yg meruntuhkan akhirat dan membina (makmurkan) dunia,
nanti kelak kita akan berpindah ke tempat yg runtuh itu, dan meninggalkan tempat yg kita bina..
Kan elok kalau kita jadi orang yang membina kedua-duanya, akhirat dan dunia. Bahagia selama-lamanya..

BAHAGIAnya diri ini, kalau 20 tahun akan datang, bila diadakan reunion, aku berjumpa teman2, semuanya berjaya, ada yg jadi cikgu, pensyarah, doktor, peguam, engineer, physicist, pilot, hakim, CEO syarikat, mgkn ada yg jadi gabenor bank negara, jadi doktor pertama menemui penawar AIDS, jadi Perdana Menteri Malaysia, jadi Setiausaha Agung PBB, yg semuanya muslim muslimah, mukmin mukminah sejati, dalam setiap nafas, gerak kerja, keputusan, tingkah laku dan peribadi, tetap teguh melangkah dalam landasan agamanya, ISLAM, tak akan goyah...

Dan takkan tergambar BAHAGIAnya dalam diri ini, bila di akhirat kelak, aku dan semua sahabatku, tiada yang terkecuali, bertemu dan bergembira dalam syurga ALLAH,
tiada keraguan lagi, itulah kejayaan, kecemerlangan, kebahagiaan yang hakiki dan abadi....

YA ALLAH, perkenanlah doa dan harapan hambamu ini.....

3 comments:

Unknown said...

nice...
moge2 umat Islam hari nie mmpu jadi hebat serba- serbi...
insyaAllah..

Reyner92 said...

thz...insyallah smue rakan2 kita sentiase dlm keadaan iman penuh di dada...x lupa diri bila di saat senang dan bersabar ketika dlm kesusahan...smue tu ujian Allah Yang Maha Pemurah utk menjamin kita ke syurga-Nya...amin

aisya said...

alhamdulillah,,bgs r ucpan2 niwh..
sntese mengingatkn kite spye jauh dr sifat riak n takbur..sesungguhnye sume itu dtgnye drpd allah..

Related Posts with Thumbnails