PhalanxoflegendZ Ver 4.5

melangkah di bumi gontor...part 1

salam..senanye aku xnak tulis citer pasal bnde ni.. tp atas permintaan kawan kesayangan aku, aterification, aku tulis la.. kang majuk lak die..hehe..

.......aku bangun dari tidur je, dah sampai kat pintu gerbang die.. hard ride.. cam haram laju teksi die..pastu suke main hon2 bangang ke hape... aku bile dah nampak pintu gerbang die,aku dah cemas..(kenape la aku nk gi indon ni..huhu) lalu teksi pun masuk.. (ayat skema lak ah..aku sayang bahasa melayu..) lapangan gontor 2 agak besar. pandangan dari segenap jihat menjamah tubuh kami. ibarat artis keluar teksi. lagi tepat, ibarat banduan baru masuk penjara! dengan beg yang bertimbun, kami bergerak ke bapenta (bagian penerimaan tamu). di sana ada ustaz yang mengurusi kami. kami diminta ke kantor administrasi untuk urusan pendaftaran. setelah zohor kami diminta berjumpa dengan ustaz yang menguruskan konsulat malaysia. orang Perak yang telah menetap di Indonesia sekitar 8 tahun. anak Malaysia di sini boleh dikatakan ramai kerana ada sekitar 30 orang termasuk kami. suasana ala-ala Malaysia tahun 90an menghiasi pandangan mata kami. sawah padi terbentang luas di kanan dan kiri sekolah. basikal-basikal tua melambak di kaki jalan. melihat anak-anak yang barusan usai solat, kami jadi kurang selesa. kenapa baju tu masuk dalam kain? siap tali pinggang lagi. rupa-rupanya santri memang diwajibkan berpakaian begitu. hanya yang telah menjadi ustaz sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan baju dari kain. kes dengki kat santri la ni.
sore hari, kami mula mengikuti rutin. ketika mahu mandi, tekak jadik loya. semangat jadi lemah. tandas, ya rabbi! aku memohon perlindungan tuhan dari tandas gontor! huhu.. tp xde pilihan, terpaksa la... jamban dah la sempit.. aku tak muat nak duduk..kalau ade hajat yang nak diqadha', terpaksa aku gi tandas masjid..jauh giler.. ibarat dari aspura nak gi tandas skola la..kejam sungguh dunia..
akhirnya tiba waktu tidur.. dorm dah terlampau sempit, loker byk sgt(did i mentioned dat da locker is full with lipas??) terpaksa la menyempit dorm sebelah..tilam nipis.. taruk kat lantai, pastu tido jela..

pin3! hon ustaz mengejutkan kami dari tidur pada jam 4(Malaysia, pkul 5..) ape lagi..cepat2 tukar kain,pakai tali pinggang lari2 gi masjid yang jauh tu.. pagi tu, ayah aku bwak kuar dulu..ustaz kasi.. sempat la aku gi sarangan..gunung yang ade tasik kat atas..aku ingat laut..huhu.. pastu balik la sekolah balik... bosan.. budak2 tengah ujian, so kitorang yang datang lambat ni menganggur jela...so, kitorang pun akan tido... tido tak habis2.. ustaz datang suruh blaja... apa tidur2 ni, ngapain tidur? da tu nk blaja ap? x blaja pape tibe2 suruh blaja!!! as parent aku da blik,mule la rase tensen. nak balik, jauh. bukan mcm rawang ngan bangi. nak blaja, bosan.aduh.. tensen btul..........cmne la nak  balik teruskan hidup kat sini.....
aku sambung lenkali ye...salam..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails