PhalanxoflegendZ Ver 4.5

SEDIKIT CEBISAN RASA...

Assalamualaikum sume...


Allah.. Lamenye aku x menaip komputer ni, dan dh lame jugak la aku x menyumbang sesuatu kt blog ni (ceh, macam pernah tulis ape2 lak..).


Mintak maaf la sume, aku bukan x nak tulis ape2, cume tangan aku ni mungkin x berape ligat nak menulis. Ape2 pun aku cube lah menulis sikit, ape yg termampu sblm aku pulang balik ke 2nd homeku, Darul Quran.. Bak kate orang, "perjalanan beribu batu beribu batu bermula dgn langkah yg pertama".. Ni la first step aku kot..


Seorang sahabat aku, yg x perlu lah aku nk sebut name die, bagi aku idea nk tulis ape.. Dan aku nk bagi tribute la kt die, sbb die yg bagi galakan kt aku nk tulis kt blog ni. Terima kasih ****.


Sahabat-sahabatku,


Sebelum memanjangkan kalam, renung-renungkan firman Allah, Surah Ibrahim ayat 42-43




"Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana ALLAH telah membuat perumpamaan kalimah yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit. (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya, Dan ALLAH membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat."


Ayat al-Quran di atas sebenarnya menunjukkan bagaimana ALLAH memberi manusia suatu perumpamaan yang cukup indah.
Ibarat kata Pak Hamka, jika ingin menjadi pohon yang besar dan kukuh, bersiaplah dengan hempasan angin yang keras dan jika ingin mau aman dari terpaan angin yang keras, jadilah rumput, dan harus siap dengan akibatnya, rela diinjak-injak orang.

Hari ni, (11/03/10) result SPM keluar... Ahamdulillah, aku dan sahabat2 sudah menerima keputusan yang telah ditakdirkan.. Semua tu lepas kita dah lakukan segala-galanya, usaha, doa, tawakal... Dan percayalah, itulah yang terbaik untuk kita.


"Boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu, ALLAH maha mengetahui, sedang kamu tidak tahu"..
(Surah al-Baqarah ayat 216)


Ayat ni acap kali saya sampaikan kepada sahabat2, sebab saya yakin, kalau kita percaya kepada ayat ini, salah satu daripada 6666 ayat (menurut sesetengah pendapat) yang wajib kita imani, insya allah, bila kita berjaya kita tidak sombong, dan bila kita gagal kita takkan kecewa dan berputus asa... Percayalah..

Sahabat-sahabat...
Jadi, apa kaitan perkara ni dengan ayat al-Quran pertama kat atas ni?...
Macam ni lah, semalam lepas amek result, aku mula memahami erti kejayaan dan kegagalan..
Ada sahabat yang berjaya dengan cemerlang, gembira tak terkata mereka...
Ada sahabat yang mungkin kurang berjaya sekarang, sedih tak terbayang hati ni...


Apa-apapun, ingatlah, selepas ni, destinasi dan jalan yang kita bakal lalui mungkin berbeza, ada jalannya lurus tanpa cacat cela, ada yang berbukit bukau penuh cabaran, ada yang dipenuhi onak dan duri, mungkin perit nak lalui.. Walau bagaimanapun, ingat, destinasi akhir kita, itu yang paling utama...
Dan.. dalam meredah macam2 jalan utk menujui destinasi tu, ingat, kalimah yang baik (aqidah yang baik) itu paling penting.. Walau macam mana pun kita diuji, kita teruji, sentiasalah yakin dan berbaik sangka kpd ALLAH, dia yang berkuasa menentukan baik buruk kita... Insya allah, kita akan menjadi insan yang berbakti, paling penting untuk agama kita yang mulia..

Akhirnya, renungkan kata2 ni,..
Sudah menjadi lumrah hidup, selepas suatu ujian datang pula ujian yang lain..
Kita berehat hanya sementara, mengumpul kekuatan menempuh perjuangan baru..
Sebab itu, tak usah menangis bile mendaki, kerana di balik pendakian itu sedang menunggu daerah yang menurun..
Hanya satu pesanku, kuatkan kakimu, agar jangan mudah tergelincir..
Dan tak usah ketawa di waktu menurun, kerana kita pasti akan menempuh pendakian biasanya lebih tinggi daripada pendakian yang lalu..
Dan barulah kelak, pada akhirnya, akan berhenti pendakian dan penurunan itu,
di suatu lembah terbentang, destinasi ABADI...

Kuatkan langkahmu sahabatku, moga bertemu di destinasi ABADI...

1 comments:

JK Promosi said...

Terima kasih Hanif...
Moga utusan cebisan Rasa nie jd kekuatan kite semua... Sungguh ALLAH x menguji seseorang melainkan kita mampu menanggungnya...
insyaALLAH...

Related Posts with Thumbnails