PhalanxoflegendZ Ver 4.5

UNITE nye KITA, terima kasih sahabatku!









SALAM...

Da lama rase nyer x berposting. HuHU... Kali nie nak kongsi sket ape yg aku dapat bersama PPS BERSATU mase family day kteorg. (Da lme da..)

          Gambar yg korg tgk kt atas tuh adalah corak pergerakan burung. Kalo ikut presentor mase tuh yg merupakan suami ckg Kasma sendiri, die kata nie gaya terbang Burung Camar. Burung2 yg terbang cmni biasa nye terbang jauh. Berimigrasi mengikut musim mencari habitat sesuai sementara habitat asal mengalami perubahan musim.

APA KENA MENGENA BURUNG TU DENGAN PHALANX...?

         Mudahnya obviously burung tu UNITE.! Macam KITA! Satu perkara untuk kite renungkan bersama, corak terbang burung tu ada falsafah die tersendiri. Disiplin nye mereka bergerak bersama untuk perjalanan yang jauh kekal dalam FORMASI yg sama. Kita kena faham diskusi burung yang saya bawakan ni adalah Burung yg travel jauh, merentas negara2, bahkan BENUA...

FALSAFAH FORMASI BURUNG.

          First kita tengok tonggak formasi ni. Yang mane? Pasti nya yg depan sekali. Dia lah Khalifah, Amir, Captain, Ketua,Penghulu, Presiden, Pengerusi, Chief dan ape sahaja istilah yg potray maksud 'Ketua'. Aplikasinye, dalam batch kita MUAD'Z lah yg duduk depan sekali tuh.! Selayang pandang seakan-akan tiada beza bagi ketua. Mungkin sebagai pemandu arah (Decision maker). Namun hakikatnye bukan itu sahaja. Ketua ni la yg menanggung Rintangan paling besar. Friction yang dihadapi oleh ketua adalah 100%.

BENTUK 'V' TERBALIK.
      
          Bentuk ini secara hakikinya memberitahu kita bahawa anak2 buah dibelakang menanggung rintangan atau halangan atau Friction yg kurang dari ketua. Tengok arah angin. Sememangnya bila kita bergerak menentang angin, itulah corak force yang terhasil. Angin di belakang akan tempias keluar. Hal ini membuktikan statement dekat perenggan sebelum ni, Ketua tanggung friction 100%. Anak buah tanggung mungkin 50% -+.
          Itulah Muad'z yang secara senyapnye menanggung halangan dan keperitan journey kita selama ini tanpa kita tahu apa yang ada dalam hatinya. Sehingga kita mampu menganggap bahawa "Phalanx sedang bahagia". Hebatnya Muad'z menyimpan derita dalam SENYUMAN yg menjadi ikon beliau. Hasilnya, kita teus UNTIE hingga kini. Tengokla, Riuhnya Facebook. HeHE.! TERIMA KASIH MUAD'Z.

BERSATU DALAM FORMASI.

           Formasi ini sebenarnya memerlukan setiap ahli dalam formasi untuk ISTIQAMAH. Satu jatuh, akan effect yg lain. Kenapa...? Kerana pergerakan angin akan berubah. Oleh itu, kata suami Ckg Kasma, Pergerakan burung ini akan sentiasa dalam satu jentera. Ertinya, satu letih SEMUA rehat!
          Dalam perspektif dimensi yang berbeza, formasi satu sinergy jentera ni akan membuatkan yang lain terus berSEMANGAT untuk terus bergerak ke DESTINASI. Begitu Firman ALLAH,
"Berpeganglah kamu dengan tali ALLAH (Syariat), berJEMAAH lah dan jangan berpecah-belah."- Surah Al-Imran ayat 103. Jelas ALLAH nak kita berJEMAAH atas syariat kerana mampu menjadi kekuatan ke atas setiap ahli jemaah itu!

PHALANX ADA FORMASI...?

         Obviously tak la. Mungkin kita tak pergi sekolah setiap pagi dengan berjalan dalam bentuk 'V'. Mungkin saf solat kita bukan bentuk 'V'. Bukan itu yg dimaksudkan kita takde formasi. Namun sebagai manusia, ikatan kita, Bond kita, Chemistry antara kita natijahnya dalam hati kita.!!! Setuju?
         Natijah dalam hati tu lah yg kita terjemahkan dalam fe'el, yakni perbuatan. Study group misalnya. Hebatnya kita membantu sahabat yang lemah. Agar kita semua berjaya. Dalam doa kita bukan memohon kejayaan individu, tapi keSEMUAnya sekali. Kenapa? Sebab hati kita nak macam tuh. Itu lah natijah yg dah ada dalam hati kita.

Bersatunya kita atas Satu Aqidah memperteguh Ukhuwah, perkasa Mahabbah. Mahabbah bersulam Duka kerana hakikat duka itu menyempurnakan persahabatan

Sahabat yang Merindui,
...Muhammad Murtadha...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails