PhalanxoflegendZ Ver 4.5


Utusan Malaysia, Sabtu sebelum balik..

penguasa kanan SPRM meninggal dunia


KUALA LUMPUR 20 Mei – Penguasa Kanan, Cawangan Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Sabri Hat, 46, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, dekat sini hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 12.45 tengah hari di hospital berkenaan setelah diserang sakit jantung.
Allahyarham sebelum itu baru pulang dari Nilai, Negeri Sembilan kerana bertugas sebelum tiba-tiba mengadu sakit dada dan dibawa ke sebuah klinik oleh rakannya.
Bagaimanapun selepas mendapatkan rawatan, Allahyarham berhenti seketika di sebuah stesen minyak untuk membeli makanan dan minuman tetapi tiba-tiba pengsan dalam kereta.
Allahyarham kemudian dikejarkan ke wad kecemasan hospital berkenaan tetapi disahkan meninggal dunia.
Adik Allahyarham, Zulhilmi Hat, 30-an, berkata, sebelum ini abangnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit malah kelihatan sihat dan cergas.
‘‘Namun saya reda dengan pemergiannya walaupun sedih kerana menyedari Allah lebih menyayanginya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




Allahyarham merupakan bapa kepada member ku. Al-fatihah kepada beliau...
(citer panjang cakap sikit je )

0 comments:

Related Posts with Thumbnails