PhalanxoflegendZ Ver 4.5

warkah buat semua!!~!

Akukah kembara itu
pada jejak-jejak pantai zaman
yang sentiasa setia membina
kota harapan dan tembok keyakinan
Diketika ini...

aku masih gagah
mengorak langkah meniti tiap padang tandus
dan gersang kesyahduan
dan kedamaian seolah-olah sedang menyerah
pada kabus-kabus yang kelam
Kini aku merasakan aku benar-benar haus dan dahaga

pada makna sebuah kehidupan
yang menyulami seribu pengertian
Laungan dari celahan gemersik angin

mematikan ayunan langkah ku
menyedarkan aku dari lamunan pada kehidupan yang hakiki....

2 comments:

aTeyn aMierA said...

sape pmilik org yg tules nh??

YOOchunLOVER said...

dahsat bnor bhse ko ek....
org sastera la kte kn...^^

Related Posts with Thumbnails