PhalanxoflegendZ Ver 4.5

KONSERTO TERAKHIR

salam.. pandai2 aa btolkan sket2 part memane yg rse2 x bt0l sgt.. aq salin je.. bkn karang sdiri pn.. hehe.. s0rry aa kalau x 0kie sgt.. sape2 yg nk amik , amik je aa.. especially mereka yg bukan kt selang0r..

SINOPSIS

Bab 1:keluarga

Helmi datang ke rumah dato johari, bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan.Hayati berasa hairan melihat gerak-geri Helmi yang serba canggung.Datin Salmah tidak menyenangi kehadiran Helmi dirumahnya. kelulusan helmi yang hanya setakat darjah 4 sekolah melayu menyukarkan usaha datuk johari mencari perkerjaan untuknya.Akhirnya Helmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya.helmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu.helmi mengetahui tentang hayati yang sudah bertunang dengan mohsin melalui pak amat.

Bab 2:kuli

Helmi gembira dengan kerjanya sebagai tukan kebun.Dia telah melakukan perubahan yang besar di perkaranggan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan Dr.nathan iaitu jiran Datuk Johari.Helmi berkawan baik dengan Pak Amat.Datuk Johari gelisah apabila Dr.nathan bertanyakan tentang tukang kebunnya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap helmi sebagai tukang kebunnya.Helmi tertarik mendengar bunyi piano yang dimainkan oleh Hayati.Rumah Datuk Johari sering didatangi oleh saudara mara datin salmah yang berpangkat.
Datin salmah teringat dengan kata2 kakaknya Siti Hajar tentang Helmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Helmi itu anak saudara Datuk Johari.Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia mencari jalan untuk mengusirkan Helmi dari rumahnya.

Bab 3:piano

Hati Datin Salmah mula berubah pada Helmi.Dia tidak lagi menyebut helmi sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya.Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap2 orang yang datang ke rumahnya memuji tanaman bunga dirumahnya.Malah hasil tanaman seperti terung,kacang,timun dan patola telah berbuah dengan lebarnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salamah.Dia menghadiahkan hasil tanamannya kepada teman2 nya.Apabila pergi ke Morning Coffee dan juga ketika ada antara kawanya yang datang berkunjung ke rumahnya,meraka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan2nya.

Bab 4:hukuman

Leha,penolong pembantu rumah Datuk Johari telah pulang ke kampung.Helmi telah ditugaskan oleh Datin salmah untuk membersaihkan ruang tamu.Helmi senang hati menerimanya kerana dapat mendekati piano tersebut.Suatu hati ketika keseorangan dirumah kerana Datin Salmah tiada di rumah manakala Hayati belum pulang dari sekolahnya,sementara Mak Minah ke rumah seorang kenalannya,Helmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehinggakan tidak menyedari kepulangan Mak Minah.Perbuatan Helmi telah di tegur oleh Mak Milah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah.Kebimbangan Helmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya.rupa2nya datin salmah menyuruh mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya.Helmi juga berasa laga kerana Mak Minah tidak memberitahu makciknya tentang perlakuannya tadi.
Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pakcik dan makciknya,dia telah menyedari bahawa bunyi pianonya sumbang kerana ada orang telah mengganggu pianonya. hayati berasa malu dan lari masuk ke biliknya. Datin Salmah cuba mencari siapa yang mengganggu piano itu.Ketika dipanggil oleh datin salmah,Mak minah terpaksa memberi tahu yang Helmi telah memainkan piano itu.Datin Salmah juga mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Helmi.walaubagimanapun, Datok Johari memaafkan helmi tetapi gajinya dipotong dan helmi disuruh memujuk hayati dan meminta maaf daripadanya.
Datin salmah sekeluarga akan bercuti selama sebulan,Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung.helmi diminta menjaga rumah tersebuat sepanjang ketiadaan meraka.Helmi rasa kesunyian sepanjang ketiadaan meraka terutamanya rasa kehilangan terhadap hayati kerana sebulan lamanya dia tidak dapat mendengar lagu2 yang dimainkan oleh Hayati.Kehidupan Helmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.

Bab 5:penunggu

Dr.Nathan mempelawa helmi ke rumahnya.helmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari.
helmi berasa sunyi tetapi dia gembira kerana dapat bermain piano hayati. Mamat telah memperkenalkan Helmi kepada En.Bakar,ketua sebuah Quartet.En.Bakar menyuruh Helmi bermain organ dan Helmi telah mendapat pujian daipada En.Bakar.En.Bakar mengajar Helmi secara pecuma.Helmi berasa sangat gembira.
petang esoknya, helmi ke rumah encik bakar lagi. dia disambut oleh azizah, anak encik bakar. Helmi telah belajar dengan tekun dan En.Bakar telah mengajarnya tentang not2 muzik

Bab 6:muzik

Helmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik daripada En.Bakar.sebaik sahaja pulang dari rumah En.Bakar.Helmi menjalankan tugasnya seperti biasa seperti menyiram pokok-pokok bunga.Hilmi bimbang jika kepulangan pakciknya akan menyebabkan dia tidak dapat pergi ke rumah encik bakar lagi.
Hilmi bermain piano tanpa menyedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali dari luar Negara.Hayati terpesona melihaat Helmi bermain piano.Datin Salmah dan Datuk Johari tegak tidak bergerak.Akhirnya dia menyedari dirinya diperhatikan.Helmi bergegas membawa masuk barang2 yang banyak dan terus kembali ke biliknya.Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh2 untuknya yang berupa sebuah patung wanita dengan berpakaian gaun kembang zaman kuno.Patung itu juga mengeluarkan bunyi lagu ‘blue danube’.Hubungan mersa antara Hayati dengan Helmi tidak disenangi oleh Datin Salmah lebih2 lagi apabila Hayati memberi oleh2 kpd helmi.Sedangkan semasa melancong di England ,tidak pernah sekalipun disebutnya nama Helmi.Hayati hanya menyebut nama Mohsin sahaja.Datin Salmah merasakan sesuatu yang tidak kena pada Hayati.

Bab 7:oleh-oleh

Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya,Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati.Ketika Datin memanggil hayati,dia terlihat hayati sedang berdiri amat dekat dengan Helmi memerhatikan sesuatu di pokok ros.
Hayati telah menghadiahkan necktie kepada mohsin.Mohsin juga bersa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti.Hayati selalunya gembira menyambut kedatangan tetapi tidak pada kali ini.
datin salmah melarang hayati bercakap dengan helmi.Datin Salmah sudah nekat untuk mencari jalan supaya helmi keluar dari rumahnya.
Mak Minah pulang dari kampung pada petang itu.Dia membawa oleh2 dari kampung yang Hayati gemari.Hayati pula menghadiahkan jam tangan buatan swiis kepada mak minah.

Bab 8:sengketa

Helmi ke rumah En.Bakar.encik bakar tiada di rumah.Kedatangannya disambut oleh Azizah.azizah terkejut apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja.Pada sangkaan Azizah, hilmi itu paling tidak seorang kerani kecil.sementara menunggu kepulangan encik bakar, hilmi bermain piano.Helmi meminta izin untuk pulang apabila menyedari hari telah lewat.
Datin Salmah memarahi Helmi kerana pulang lewat. dia meminta maaf daripada makciknya dan berlalu pergi.Ketika En.Bakar pulang,Azizah memberitahu kedatangan Helmi.En.Bakar telah berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Helmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di Klang.Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang esok.Azizah akan juga memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu.Dia tahu Azizah kecewa.
Hilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa diberitahu bahawa makciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Hayati muncul bersama Mak Minah untuk memujuk Hilmi supaya makan.Hayati akhirnya berjaya memujuk Hilmi makan.Hayati bangun dan duduk disebelah Hilmi. Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar.Mak Minah cuba menenangkan hati Hilmi dan menasihatkannya supaya jangan mengambil hati terhadap sikap makciknya.Hilmi kemudian keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongan mencari tempat untuknya berpindah daripada rumah pakciknya.

Bab 9:pertemuan

Setelah 2 hari helmi tiada dirumah barulah datin salmah menyedari bahawa kehadiran helmi selama ini mempunyai erti besar karana adanya helmi di rumah itu,dia tidak perlu memikirkan sedikit pun tentang tanaman bungaannya.hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak ketiadaan helmi di rumah.dia asyik berkurung didalam biliknya sahaja.hayati amat kecewa apabila diberitahu oleh mak minah bahawa helmi telah pulang ke kampung tetapi hayati tahu ia merupakan helah ibunya yang sememangnya tidak suka helmi tinggal di situ.datin salmah mula risau tentang perubahan yang berlaku pada hayati.
helmi tidak jadi pulang ke kampung. dia bekerja di stesyen minyak shell, jalan setapak.helmi bekerja dengan rajin.
dalam perjalanan ke rumah encik bakar,dia telah bertemu dengan pak amat. kesempatan itu digunakan oleh helmi untuk bertanyakan khabar tentang hayati yang kini sudah banyak berubah.kedatangan helmi disambut dengan ramah oleh azizah dan ibunya.en.bakar gembira dengan kehadiran helmi.helmi menceritakan kisah2nya kepada en.bakar dan hasratnya untuk menyambung belajar muzik dengannya.
Helmi bukan sahaja belajar berbagai alat muzik tetapi diajar untuk mengenali lebih dekat tiap2 jenis alat itu.helmi sering diingatkan oleh en.bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat.hubungan antara helmi dan azizah semakin rapat.setiap kali helmi datang kerumahnya,azizah selalu menyambutnya dengan mersa.helmi juga mula kenal dengan not2 kerana menurut en.bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik,seseorang itu mesti tahu membaca not.selain itu,helmi juga diajar cara bermain trompet,seksofon,clarinet dan biola

Bab 10:bebas

Sejak helmi meninggalkan rumah pakciknya,pokok2 bunga ditanam sepenuhnya yang dahulunya menjadi kebanggaan datin salmah dan datuk johari telah mula layu dan musnah. hayati pula seolah-oleh ikut meratapi kehancuran taman bunga itu.ketika datin salmah masuk ke bilik hayati,dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik.anaknya sudah mula sembahyang.
apabila mohsin pulang, datin salmah mencadangkan perkahwinan antara hayati dan mohsin disegerakan, dan hayati bersetuju.helmi mendapat tahu mengenai perkahwinan hayati dan mohsin melalui mamat.helmi semakin rapat dengan azizah.helmi mencipta sebuah lagu berjudul ‘sebuah intermeso’.

Bab 11:intermeso

Helmi telah berhenti dari stesyen minyak kerana dia akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota.en.bakar telah mengambil helmi bermain di quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah pulang ke Pulau Pinang.pertama kali helmi berasa gugup.dia mahu menarik diri tetapi atas dorongan en.bakar semangatnya pulih kembali.helmi memainkan lagu gubahan iaitu ‘sebuah intermeso’.seluruh hadirin terpesona dan terpegun. sebuah akhbar inggeris menyiarkan berita tentang hilmi.datuk johari terpegun ketika melihat gambar helmi terpampang dalam surat khabar itu.
kisah helmi mendapat perhatian setiausaha persatuan pemain2 muzik Nasional.en.bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya.semua pemain muzik di Hotel dan kelab2 malam hendaklah terdiri daripada anggota persatuan itu yang sah. En.Bakar telah menerima surat daripada setiausaha persatuan pemain-pemain Muzik Nasional.Akhirnya, selepas persidangan tertutup dijalankan, hilmi diterima menjadi ahli persatuan.

Bab12:Krisis

HilmI gelisah kerana En.Bakar tidak Pulang dari persatuan dan dia tidak dibenarkan hadir dalam mesyuarat tersebut.Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati yang akan belajar muzik di Conservatory Of Muzic selama 2 tahun.sebelum berangkat, Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin.
Pada malam itu,persembahan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi.Pada malam perpisahan itu Hilmi berjawa menggubah sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan hayati dan diberi judul ‘Detik-detik Perpisahan’.En.Bakar juga telah memberikan petua untuk menggubah lagu dengan baik.
hilmi dan azizah menubuhkan sebuah kugiran yang diberi nama ‘kugiran Dahlia’ ringkasan nama Daniel,Azizah,Hilmi,Tony Lim dan Arasu namun popularitinya tidak tahan lama.
Hilmi berumah tangga dengan azizah.setelah mendapat anak lelaki mereka yang pertama, rumah tangga meraka juga goyah. azizah pulang ke rumah bapanya. hilmi berasa sedih dan dapat menggubah lagu yang banyak.

Bab13:perpecahan

Keretakan yang terjadi pada rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi walaupun selepas En.Bakar dan isterinya masuk campur.kini hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat.dia sering teringatkan Hayati.Hilmi telah mengubah ratusan buah lagu.
Orkes Hilmi mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan.semasa dia berada di kelantan, encik bakar meninggal dunia. Dalam penerbangan pulang, dia menggubah sebuah lagu berjudul ‘Seniman’ yang dicipta khas untuk En.Bakar.
Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM.Hilmi telah diberikan penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM.pembesar negara, perdana menteri dan yang dipertuan agong akan hadir. datin salmah juga akan hadir.

Bab14:Seniman

Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak.Ketua Pengarah RTM risau kerana Hilmi belum kelihatan. Hilmi dimasukkan ke Hospital kerana terjatuh ketika hendak keluar dari rumah.perdana menteri dan yang dipertuan agong telah hampir tiba.Tiba-tiba muncul Hayati mengambil alih tugas hilmi.riwayat hidup hilmi dibacakan oleh pengacara.Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan meraka terhadap Hilmi.
Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital,begitu juga dengan Datuk Johari dan Datin Salmah apbila mengetahui keadaan hilmi.Di hospital,Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung.Suasana menjadi pilu dengan kehadiran Azizah,ibunya serta Hakim anak Hilmi.
Datuk Johari tidak dapat menahan perassannya apabila abang Karim membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari.datuk johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa meraka sekiranya Hilmi Pulih.
pembedahan ke atas hilmi selamat dilakukan. selepas melawat hilmi, datuk johari membawa azizah pulang ke rumahnya. apabila sampai di rumah,meraka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital.Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada masa itu juga Datuk Johari meninggal dunia kerana terkejut.

1 comments:

Anonymous said...

thx bro!

Related Posts with Thumbnails