PhalanxoflegendZ Ver 4.5
salam ramadhan.copy and paste daripada saudara ketua batch kita
Kesedihan meresap ke setiap nafas. terus mengalir dalam darah hingga rasa sebak di dada.
Sejak panggilan seorang rakan, safarul sebelum taraweh empat hari lalu, mengenai Ajin yang terlibat dalam kemalangan letupan kapal Bunga Alpinia, di Labuan (sini). Terus saya membayangkan saat bersama almarhum. Masih terbayang gurauan, kesungguhan berceritanya, langkahnya ke kelas selalu bersama seekor anak kucing, tidur bersama kucing.
Meskipun kami tidak berkesempatan sekelas, namun keakraban menuntut dalam satu 'batch' memberikan keterikatan seperti keluarga. Tambah pula saya kepala keluarga ketika itu.
Meskipun kami tidak berkesempatan sekelas, namun keakraban menuntut dalam satu 'batch' memberikan keterikatan seperti keluarga. Tambah pula saya kepala keluarga ketika itu.
Demikian setiap kehidupan ada pengakhiran. Setiap dari kita akan melalui episod yang sama. Hari ini kita terkejut dengan kematian orang yang kita kasihi. Esok lusa orang lain pula akan terkejut dengan kematian kita. Setiap dari kita menunggu giliran, dan alam, waktu, masa terus berjalan.
Nazrin yang saya kenali
Saya mula mengenali dia ketika berada di tingkatan satu, 2005. Ketika itu beliau selalu bersama sama 'geng Kuala Selangor' acap kali bersama, safarul, hairel, izzuwan (botak) dan Shahrul Fariz. Membesar dan mengenal dunia bersama rakan-rakan. Perangai seorang demi seorang dapat dihadam.
Melangkah ke tingkatan tiga, dia orang yang terhebat dalam subjek sejarah. Saya pernah meminta untuk dia menceritakan mengenai 'syarikat british di tanah melayu'. Ajin digelar geinus sejarah. Buku teks sejarah yang bergerak, 'tufat an nafis' berjalan.
Melangkah ke tingkatan tiga, dia orang yang terhebat dalam subjek sejarah. Saya pernah meminta untuk dia menceritakan mengenai 'syarikat british di tanah melayu'. Ajin digelar geinus sejarah. Buku teks sejarah yang bergerak, 'tufat an nafis' berjalan.
Seperti kata Abrar Syafie dalam penulisannya, benar Ajin seorang yang tough semangatnya. Peramah, motivational, inspirational dan gila-gila sering terbayang di fikiran. Saya suka mengacau sekor anak kucing yang di katakan anak dia sendiri. Mungkin teorinya Abrar benar.
Berada di tingkatan empat memberikan pengalaman dan separa erti hidup. Dia di tingkatan empat jannatul ma'wa, saya di jannatul Khuldi. Ketika itu dia pernah memberikan semagat kepada saya ketika mengalami sedikit masalah dan cabaran. Beliau antara terus memberikan dorongan sambil menepuk bahu saya,
" alaa come on muadz, aku yakin kau boleh handle benda ni"
Sewaktu itu beliau sebagai bendahari asrama, juga sebagai ketua rumah hijau, 'hijau pantang kalah'. Bersama-sama di depan longkang, mendengar cerita mengenai keunggulan team kriket sekolah 'raptor' , bersama semangat rakan-rakan seperjuangan. Sifat sayang kepada binatang yang luar biasa selepas Ali Karim. Berkemeja-tie ke prep pagi sabtu sambil menjinjing seekor kucing. Abu Hurairah sepintar 09'.
Jua di penghujung tingkatan lima, saya berada di 5 j.khuldi dia di 5j.ma'wa. Namun berkesempatan untuk bersama satu dormitri, menumpang di dorm exco semasa fatrah spm. Bersama sama menikmati juadah yang dibawa dari rumahnya, tak lokek untuk dikongsi.
Saya ingat lagi ikan masak sambal. makan bersama nasi dalam tupperware. Juga buah rambutan yang sering dibawa dari rumah kepada rakan se-dorm. Makan sambil sembang 'gila-gila'. Terbayang-bayang tubuh itu juga yang mengejutkan saya subuh sewaktu itu.
Dia suka menggelarkan saya dengan gelaran 'kb', "weii kb..meh la lepak sini".
Banyak lagi kenangan saya bersama Nazrin, moga kenangan itu terus berlalu sebagai ibadah dalam kehidupan sekelip dua ini.
Status terakhir
Semasa berita kehilangannya saya tergamam apabila teringatkan tentang status terakhir yang di post dalam group facebook spm09' sbpirawang (phalanx of legendz). Dia sempat memohon maaf kepada semua sahabat dan rakan bersama ucapan 'good luck for your study' sebelum sign-in berkhidmat kepada negara, sebagai pelaut selepas bercuti di Jordan.
status terakhir Ajin di wall group batch spm09' (PhalanxofLegendz) memohon maaf kepada semua sahabatnya sebelum 'pergi'. |
Sebelum ini pernah bersembang dalam ruangan chat facebook beberapa bulan yang lalu , saya bertanya, “budak alam, bila kau nak belanja aku?” Lalu terus berlarutan bersembang bertanya khabar masing-masing. Itu chat yang terakhir rupanya.
Sejak kehilangan dan seorang demi seorang mangsa dijumpai, saya masih update berita daripada rakan. Akhirnya tinggal satu lagi mangsa belum dijumpai iaitu Nazrin setelah mangsa yang keempat ditemui (sini) .
Pencarian dan doa, sehingga mendapat panggilan pada petang tadi dari seorang rakan juga orang yang pertama memaklumkan kejadian tersebut. Bahawa jenazah Nazrin telah dijumpai (sini) .
Saya berdoa dan bersedih atas kehilangan rakan, sahabat, teman antara manusia daripada sebilangan manusia yang pernah mewarnai kehidupan saya sewaktu zaman persekolahan.
Meminjam quote dari seorang sahabat, "kalau hari ini langkah aku dah jauh beribu batu, aku tetep ingat mereka yang mula bersamaku, separuh dari hidupku ini, merekalah pencoraknya, Mahu bersama seperti dahulu mungsin susah, Moga pertemuan abadi di syurga Allah. Rindu parlimen tengah malam".
Sumbangannya terhadap kepimpinan sekolah 2009 bukan sedikit. Kesungguhan dia dalam setiap perkara yang menjadi keinginannya amat saya kagumi. Jika ada ruang untuk membantu cikgu-cikgu pasti akan dipenuhi.
"nak ke mana tu ajin?"
"ni nak hantar laporan PKA rumah Hijau kat Puan Mai"
Ralat, tidak dapat mengiringi jenazahnya ke perkuburan esok (31 julai). Saya ingin melawatnya apabila singgah ke Kuala Selangor nanti. InsyaAllah . Moga kawan ini menjawab salam saya di alam sana,
“Tiada seorang yang melintasi kubur saudaranya yang mukmin yang dia kenalinya dahulu di dunia, lalu memberi salam, melainkan dia (si mati) mengenalinya dan menjawab salamnya”
(riwayat Ibn ‘Asakir dll, dinilai sahih oleh Ibn al-Mubarak, ‘Abd al-Barr, ‘Abdal-Haq al-Ashbili, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan lain-lain).
Sepeninggalan saudara sebaya, sesekolah mengingatkan saya mengenai kematian yang sentiasa menghampiri. InsyaAllah dia syahid. Semua di kalangan kita akan melalui perkara yang sama, kematian. Dan amalan akan dibawa dan ditimbang. Kita bersahabat, berkenal-kenalan di atas dunia ini, Moga Allah kekalkan persahabatan semangat berkawan itu pada kehidupan akan datang.
Bro Ajin, kita berpisah, tapi tidak selamanya. Akan ada harinya kita kita akan berjumpa dengan izin Allah. Moga kita di rezekikan untuk bertemu di tempat yang baik, dan yang terbaik di negeri sana.
Allahumma 'ghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu
-AL FATIHAH-
Assalamualaikum...
Rindu nak baca karya2 sahabat kat 'page' kita ni.. Na lepaskan rindu, so lets share a story. Hilangkan kesunyian blog kita ni. Apa yang saya nak 'cer' is about my lab.
Nama - Rahim (Jvrouleyna)
Cos - Med. Lab. Technology.
Year - 2nd part 4.
State - Pulau Pinang (Bertam)
Kat mana titik permulaan cerita ni ek..Emm...OK! Kehidupan kami bermula didalam lab. Kami 'bermain' dengan patient Blood-Serum-Body Fluid and Feaces(euwww)..But that what we are. Saya dan colleague bekerja 'mencari penyakit'. Bermula dengan mengenal bacteria, virus, fungi, parasite dan body immune. Ini laa harian kami mencari dan menyelesaikan masalah. Bila belajar,terasa cam doctor laa plak but tak setaraf pon. Banyak yang kami belajar, tapi untuk kali ini saya nak cerita tentang Microbiology Lab. Kat lab ni saya bermain dengan organisms pathogenic and normal flora.
Do you know??? Normal flora ni organism yang ada dalam badan kita dan pada peringkat awal nye tak berbahaya pon..TAPI!!! bila bilangan nye banyak yang menyebabkan jadi pathogenic (mendatangkan sakit). Pernah dengar E.coli ?? Asalnye adalah normal flora.(gambar atas) Camtu la rupa dia bawah microscope x100 oil immersion. Menarik kan? Tp ada tiga warna je(merah,biru n purple je) sbb kne 'stain'.
Name2 bacteria banyak yang sedap2 bunyinya...contoh: Escherichia , Vibrio, Shigella, Salmonella, Staphylococcus, Streptococcus, Pseudomonas, Klebsiella dll.. Mesti ter-tanye2 kan knape plak cam doktor.. Dalam lab microb ni, tiap organisms ada symptom2 dan karaktor tersendiri.. Bagi je tanda2, kami culture(biak/ternak) then kami diagnose. Dalam lab ni gak kami balajar masak agar. Contohnye Blood Agar,Chocolate Agar, Mac Conkey Agar...sume ni kami buat untuk bacteria makan.(sebenarnye utk culture atas agar tu)(^_^'')hehe... Sonok main2 dengan penyakit. Dalam hadis ada kata, setiap penyakit ada ubatnya. Selepas kami kenal, kami cari kelemahan organism ni dengan antibiotic disk. Sbb tu kalo doktor bagi antibiotic kne habiskan, kalau x habis,organism tu akan bertambah kuat n immune. Nnt kne makan lagi byk dosage.huhu..
Ni baru cerita part Microbiology.. Xtau nak cerita ape lagi.
Ikuti cerita seterusnya bersama dengan kisah Tania Saginata dan Tania Solium. Sinopsis: Sebuah kisah kehidupan dua beradik yang hidup menumpang. Mereka memberi peringatan kepada manusia yang leka dan alpa dengan perintah dan hukum hakam Allah terutama dengan kesihatan yang dikurniakan. Apa yang terjadi??? Nnt sy cerita lagi.
Wasalam~
Salam Maal Hijrah 1433
buat
sahabat Phalanx of Legendz yang kini berada di universiti, kolej dan kolej persediaan
di selatan, timur, barat, utara
di kampung halaman, pedalaman,mahupun bandar
umumnya di seantero Malaysia
Tidak lupa yang berada nun jauh di sana
Mesir, Jordan, Perancis, UK, Russia, US, Korea, dll
Moga-moga
tahun baru ini memberikan cahaya keberkatan dalam hidup kita
dan
semahunya kita beriltizam tahun ini lebih baik, mantap, jitu dan unggul
dari sebelumnya.
warnailah karaktor kehambaan kita kepada-Nya dengan ketaatan yang lebih kuat,
cekallah dengan segala kekangan dan cabaran
serta kuatkanlah nawaitu supaya sukses itu dapat kita gapai
duniawi dan ukhrawi
Dan aku mahu kamu tahu,
meski jarak jauh memisahkan, walau ruang waktu menjadi penghalang
kerinduan yang teramat amat terasa
kepada sahabat, ukhuwah, gelak ketawa, gurau senda, teguran nasihat, dll
harapnya kalian pun begitu
didoakan persaudaraan kita utuh sentiasa
salam tahun baru :)
salam phalanx, rasa sunyi blog ini, aku rsa biarlah aku buang ckit habuk2 kt wall ni, dan conteng dengan niat ingin menasihati...reupload~
- gambar hiasan-
masa bergerak pantas, air peluh mula meleleh ke 'ladang' tapak tangan dan kaki simbolik kerisauan yang mmuncak, lalu membasahi sekitarnya. Soalan Add math yang sepayah alpha beta gamma(lwn semudah abc) trus dirungkai menggunakan kaedah yang telah diajar oleh cikgu.
semalam,
sebuah projek dilakasana,
sebidang tanah dibuka,
untuk projek besar gamaknya,
menelan belanja;
jutaan ringgit banyaknya,
anak-anak pokok dibawa,
dari setiap pelusuk dunia,
dengan pelbagai jenis baja,
bermacam-macam warna,
antaranya perang dan jingga,
khabarnya,
projek ini menjadi rangka,
dalam mencipta generasi mulia.
__________________________________________________________________________________
hari ini,
pokok-pokok ini,
masih dijaga rapi,
bagai anak sendiri,
moga ikhtiar ini,
tidak menjadi mimpi,
juga anganan yang tak pasti,
baja dan air yang sama;
masih disirami,
penjaganya tersenyum rapi,
berdoa agar pokok-pokok ini,
kelak mampu berbakti,
kepada jiwa yang akan berdiri,
sebagai pengganti sejati.
__________________________________________________________________________________
hari esok,
apa pula khabar si pokok?
yang berdiri di bumi bertuah,
memberi teduh daripada berpeluh,
sudah sedia berbuah?
pabila ranumnya menjadi merah,
membantu yang susah,
juga tidak kalah,
membantu yang lemah,
penjaganya sering mengadu;
kepada pencipta hikmah,
menghilangkan resah gelisah,
agar hasilnya tidak bernanah,
mengandungi nafsu serakah,
dimata masyarakat menjadi sampah,
semoga khabar dan rupa sama indah,
sehingga jasad dikandung tanah,
insya allah.
8.15 pagi
15/2/2011
-selepas 6 tahun mendafatarkan diri di sepintar pada 15/2/2005. alhamdulillah.
-selamat menyambut maulidur rasul. semoga ia disambut pada setiap hari, dengan setiap anggota badan.
Subscribe to:
Posts (Atom)